Tuesday, 20 December 2011

Learn ABC

Dua Minggu lagi...............

Lebih kurang dua minggu lagi sesi persekolahan untuk tahun 2012 akan bermula.. Banyak kerja yang harus di bereskan  dalam masa dua minggu ni. Antaranya Fail pengurusan prasekolah,keceriaan kelas kerana buat masa sekarang kelasku dah takde rupa kelas prasekolah. Dah macam stor sebab semua perabot dan barang telah diangkat tinggi bagi mengelakkan kerosakan akibat banjir. So, after Krismas ni memang harus berhempas pulas mengemas balik kelasku ini.. Kepada rakan-rakan guru sekalian, selamat menempuh tahun baru. Semoga kalian lebih bersemangat untuk mendidik anak-anak murid yang telah diamanahkan kepada kita....Insyaallah...

Tuesday, 13 December 2011

Pantun 2 kerat..

Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.

Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.

Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama mampu pencuri.

Ikan siakap ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.