Sunday, 23 October 2011

24 OKTOBER 2011

Lagi 4 minggu jer lagi kita bersekolah.. Sekolah dah hampir nak cuti tapi kerja di Prasekolah makin banyak nak kena settle..Pemilihan Murid Pra sesi 2012,Jamuan akhir tahun,aktiviti menaikkan perabot2 dalam kelas untuk persediaan menghadapi musim banjir..Semua perabot kena letak atas meja supaya tak kena air.. Every year mcm ni lah...nanti awal tahun kena turunkan balik..... huhuhuhu....sekolah ni banyak dugaan tapi tak saya sayang sgt sekolah ini..... = )

Wednesday, 19 October 2011

pemantauan BERAKHIR.... yesssss.....

Syukur alhamdulillah...... terasa lega yang amat sangat apabila pemantauan berbintang selesai... 4 orang pemantau dari PPD MACHANG ( En.Emran) dan 3 orang guru dari Pasir Puteh dan Bachok hadir ke kelas untuk sesi pemantauan berbintang kelmarin.. Berjaya atau tidak, malas nak fikir..yang penting kami dah buat sehabis baik dan yang termampu. jika tahun ini rezeki kami, maka dapatlah kami meraih 5Bintang.. tapi sekiranya tahun ini bukan rezeki kami..kami pasrah dan menganggap ini satu pengalaman baru bagi kami Prasekolah Sk Redang. Kami akan cuba lagi tahun hadapan. Insyaallah.....

Tuesday, 18 October 2011

17 OKTOBER 2011-PERSEDIAAN PEMANTAUAN BERBINTANG

Hari ini berhempas pulas bersama Pembantu Pengurusan Murid dan para pekerja sekolah untuk persiapan terakhir bagi menghadapi hari esok iaitu Pemantauan Berbintang.. Harap-harap segala pengorbanan dan penat lelah kami berbaloi. Moga kelas kami mencapai target iaitu 5 STAR....insyaallah.......