Tuesday, 20 December 2011
Dua Minggu lagi...............
Lebih kurang dua minggu lagi sesi persekolahan untuk tahun 2012 akan bermula.. Banyak kerja yang harus di bereskan dalam masa dua minggu ni. Antaranya Fail pengurusan prasekolah,keceriaan kelas kerana buat masa sekarang kelasku dah takde rupa kelas prasekolah. Dah macam stor sebab semua perabot dan barang telah diangkat tinggi bagi mengelakkan kerosakan akibat banjir. So, after Krismas ni memang harus berhempas pulas mengemas balik kelasku ini.. Kepada rakan-rakan guru sekalian, selamat menempuh tahun baru. Semoga kalian lebih bersemangat untuk mendidik anak-anak murid yang telah diamanahkan kepada kita....Insyaallah...
Tuesday, 13 December 2011
Pantun 2 kerat..
Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.
Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama mampu pencuri.
Ikan siakap ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.
Malas bergerak tidak merasa.
Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.
Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama mampu pencuri.
Ikan siakap ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.
Thursday, 8 December 2011
Sunday, 23 October 2011
24 OKTOBER 2011
Lagi 4 minggu jer lagi kita bersekolah.. Sekolah dah hampir nak cuti tapi kerja di Prasekolah makin banyak nak kena settle..Pemilihan Murid Pra sesi 2012,Jamuan akhir tahun,aktiviti menaikkan perabot2 dalam kelas untuk persediaan menghadapi musim banjir..Semua perabot kena letak atas meja supaya tak kena air.. Every year mcm ni lah...nanti awal tahun kena turunkan balik..... huhuhuhu....sekolah ni banyak dugaan tapi tak saya sayang sgt sekolah ini..... = )
Wednesday, 19 October 2011
pemantauan BERAKHIR.... yesssss.....
Syukur alhamdulillah...... terasa lega yang amat sangat apabila pemantauan berbintang selesai... 4 orang pemantau dari PPD MACHANG ( En.Emran) dan 3 orang guru dari Pasir Puteh dan Bachok hadir ke kelas untuk sesi pemantauan berbintang kelmarin.. Berjaya atau tidak, malas nak fikir..yang penting kami dah buat sehabis baik dan yang termampu. jika tahun ini rezeki kami, maka dapatlah kami meraih 5Bintang.. tapi sekiranya tahun ini bukan rezeki kami..kami pasrah dan menganggap ini satu pengalaman baru bagi kami Prasekolah Sk Redang. Kami akan cuba lagi tahun hadapan. Insyaallah.....
Tuesday, 18 October 2011
17 OKTOBER 2011-PERSEDIAAN PEMANTAUAN BERBINTANG
Hari ini berhempas pulas bersama Pembantu Pengurusan Murid dan para pekerja sekolah untuk persiapan terakhir bagi menghadapi hari esok iaitu Pemantauan Berbintang.. Harap-harap segala pengorbanan dan penat lelah kami berbaloi. Moga kelas kami mencapai target iaitu 5 STAR....insyaallah.......
Subscribe to:
Posts (Atom)